Sunday, November 23, 2008

Balik Kampong..

Aktiviti Sewaktu Aku Pulang ke Kampong

Jumaat(21.11.2008)

Assalamualaikum, masih ada lagi peluang aku menaip blog yang lama ditinggalkan kesepian tanpa teks atau gambaq. Okey entry kali neh aku nak ceritakan aktiviti aku pulang ke kampong.

bertolak dari Penang dalam kul 4 petang dengan menaiki motosikal dan memecut dengan kelajuan 100 km/j. Sesampainya aku di kampong halamanku Kedah Darulaman dalam kul 6 petang, aku telah singgah di Skate Park Taman Jubli, Suka Menanti untuk shoot gambaq skaters kat sana dan hasil yang aku dapat menggunakan camera adamLUBA Canon 1000D seperti berikut.





ke Jitra. pada sebelah malamnya aku keluar lepak kat Char Koey Teow Aladin Tanah Merah, sembang punya sembang sampai kul 11 malam dan dapat panggilan dari member aku untuk overnite menolak papan selaju. Aku bingkas bangun dan terus meninggal kan kedai makan tersebut menuju terus ke tempat yang telah di setkan untuk overnite. Seperti biasa jika overnite mesti ada ja pak guard kacou. settle overnite baru aku balik umah dalam kul 3 pagi.






Sabtu (22.11.2008)

Bangun pagi dengan keadaan sakit badan tambah letih aku terus basuh moto aku. Abeh basuh moto aku plak basuh diri dan siap terus bergegas ke rumah Apek HuHu untuk sesi shoot gambaq pertunangan Udt. Kami bergerak saing ke lokasi pertunangan dijalankan iaitu di Taman Rakyat, Mergong Kedah. Ramai gak la tetamu yang hadir dan ini adalah serba sedikit gambaq kenduri pertunangan tersebut.












Ahad (23.11.2008)

Ari neh lagi best. Aku bangun ja pagi terus bersiap untuk servis moto aku. Sesampai aku kat kedai moto suh pekeja kedai moto tu servis dan tukaq minyak itam. Tokei kedai tu berjanji ngan aku nak bagi minyak enjin free dan suh aku balik jugak-jugak, sebab aku baru beli moto kat dia tu yang aku balik dari Penang. Nama kedai motor tu K.P Motor, Pantai Halban, Jitra Kedah. Dah abeh minyak itam lama dikeluarkan tetiba tokey kedai tu kata minyak itam kena beli, aku cakap kat tokey tu ari tuh time beli motor dia janji nak bagi minyak enjin yang terbaik pastu free plak tu. Tup-tup dia kata ari neh kena beli. Aku hangin satu badan la time tu. Aku dah la pantang orang berjanji tak tunai dan penipu. Apa lagi aku pon bertekak ngan dia maki pon kluaq berkandaq macam nasik kandaq. Tak cukup lagi aku maki aku tepon bapak aku suh maki dia plak. Tokey tu bagi alasan dia tak janji pon dan dalam resit pon tak tulih. Aku lagi la menyirap time tuh. Aku maki-maki, pastu ending dia aku gak yang menang sebab tokey tu nak jaga aty customer. Pekerja dia pon terpaku xtaw nak wat apa-apa. Sumpah pas neh aku tak maw p dah kedai motor dia. Tokey penipu dengan kedai motor yang nak bengkrap.










No comments: