Tuesday, October 21, 2008

yeaha..

Kerja lah oii..


Yeaha..Alhamdulillah,Aku telah mendapat pekerjaan sekarang. Aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi aku rezeki untuk meneruskan hidupku dalam menempuhi dunia yang penuh dengan ketamakan harta dan tipu helah ini. Impian ku sudah dekat dan kini aku dah semakin nampak impianku akan menjadi kenyataan. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapaku, kawan-kawanku yang telah banyak membantuku dalam proses ini. Buat masa ini aku tidak lagi mampu untuk
membalas segala budi yang ditaburkan dan hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik hampa semua.

Terima Tasih semua



Friday, October 17, 2008

Malang Tak Berbau, Damn..

Hidup ini umpama roda, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah. Sesiapa pon pernah ditimpa nasib malang, ada yang terus dihimpit nasib malang dan ada juga hanya sesekali ditimpa nasib malang.

17 Oktober 2008 aku tlah ditimpa nasib malang yang amat memeningkan kepala. Camera dslr yang ku sayang telah rosak tanpa sebab dan masalah nya pula tidak boleh switch on. Owh tidak, aku tak dapat menerima kenyataan ini. Mengapa perkara ini berlaku terhadap ku?? Aku sungguh sangsi dengan masalah ini. Aku pon tak faham..Kepala ku mula melayang-layang fikirkan nasib ku ini. Duet lagi..Haihhh..Bukan setakat kamera ja rosak tapi masalah lain telah timbul juga..

Komputer member baik ku pulak rosak sewaktu aku sedang menggunakannya..Ahhh..Tidaakkkk..Mati la aku nak kena menjawab pada member aku..Komputer member ku neh pulak baru saja dibaikinya, tu yang merunsingkan lagi kepala ku neh..Ia hanya bermula dengan aku on komputer tuh untuk masuk ke myspace ku, dan kemudian seorang lagi member ku telah datang menyuruh ku membuka cerita bersiri Heroes season 3..Aku pon menghormati kehendaknya lalu memainkan cerita itu..semasa member ku sedang melayan cerita itu aku terlelap seketika dan berada dialam mimpi..kemudian aku terjaga dari tidur dan melihat komputer itu dibiarkan sahaja tanpa di offkan..aku pon bingkas bangun dalam keadaan mamun bejalan keluar pada bilik dan mencapai tuala untuk pergi mandi..sesudah nya aku mandi aku melihat komputer itu memberi tahu supaya mozilla itu di update dan berlaku lah insiden itu..aku telah menekan later to update, dengan tidakk semena-mena komputer itu telah menjadi hang dan "plup!!" padam kemudian restart sendiri..Aku ingat restart tu biasa ja..Rupa-rupanya komputer itu terus tidak boleh memasuki ke window..Lagi bercelaru kepala otak aku memikirkan..Aku harap supaya tuan komputer itu memaafkan aku..Aku tahu dia mesti tension ngan aku dan lepas neh dia tidak lagi memberi aku menggunakan komputer dia..

Aku mintak maaf banyak-banyak..Kamera aku rosak,komputer member aku jugak terlibat..Pening..

malang-malang..


Wednesday, October 15, 2008

Impian yang Belum Tercapai

Semua orang ada impian dan hasrat tersendiri, begitu jugak saya. Ini adalah serba sedikit impian saya yang masih saya kejar untuk mencapainya.


1) Ingin menjadi Enggineer

2) Ingin menjadi orang berada yang tak sombong dan bertaqwa.
3) Ingin menjadi menjadi seorang photogarapher yang terkenal.
4) Ingin menangkap gambar skateboarding sama seperti Shigeo
5) Ingin menjelajah seluruh pelusuk dunia
6) Ingin sangat-sangat belajar di Jepun tentang manga,camera,sound
setting,engineering
dan pengilangan.
7) Ingin memiliki kilang skateboard dan jenama sendiri.
8) Ingin memiliki skatepark sendiri dalam studio photography
9) Ingin memiliki rumah yang direkabentuk sendiri.
10) Ingin memiliki Hummer dan motorsikal srambler
11) Ingin mencuba suma sukan lasak yang ada kat dalam dunia neh iaitu:-
-skateboarding
-surfing
-snowboarding
-paragliding
-4x4 drive
-rally
-drift
-motorcross


p/s:-Impian saya ini akan saya highlightkan warna merah jika ia bejaya dicapai nanti.

anda punya impian bagaimana??


Monday, October 13, 2008

Kesedaran Sivik

Hari ini saya nak berpesan terhadap diri sendiri dan kepada semua orang tentang Kesedaran Sivik.


Kesedaran sivik perlu ada pada setiap individu bahkan masyarakat tak kira bangsa dan agama, dimana mana jua kita berada. Terpanggilnya saya untuk menulis blog ini adalah kerana kesedaran sivik rakyat malaysia kurang menebal dan tidak mengambil kisah tentang kepentingannya.

Peri laku tidak ada kesedaran sivik ini akan membawa kesan kepada individu seterusnya menular kepada masyarakat dan akhir sekali negara juga akan terjebak. Hal ini boleh mendatangkan keburukan kepada sesebuah negara itu sendiri.

Contoh yang paling ketara bagi masalah tiada kesedaran sivik ini dalam masyarakat kita ialah membuang sampah merata-rata tempat menyebabkan pencemaran, memandu mengikut suka hati tanpa mematuhi undang-undang jalan raya, parking kenderaan mengikut suka hati juga mengakibatkan jalan untuk digunakan oleh pengguna lain menjadi sesak, dan penggunaan tandas awam.

Saya ingin memetik isu menbuang sampah merata-rata seperti yang dinyatakan diatas kerana ia yang paling ketara dimana pernah berlaku pada penduduk yang menetap di rumah pangsa atau lebih dikenali sebagai rumah flat. Bagi yang pemalas yang hendak turun membuang sampah mereka akan melepas keluar dari tingkap atas rumah dan tanpa memikir kesan dan akibatnya. Memang tiada otak sungguh orang yang melakukan tingkah laku macm tu. Apa yang mereka dapat dengan berbuat sedemikian rupa?? Meraka akan dapat jumlah maki yang berkandar seperti nasik kandar mamak. Ada juga yang membuang di dalam lift dan ti tepi tangga seperti ada kuli bapak diorang yang tolong amek dan kutip untuk mereka. Memang tiada kesedaran sivik sungguh.

Jadi kesimpulannya di sini kita harus la memupuk kesedaran sivik dalam diri individu dan sentiasalah berpesan-pesan supaya rakyat malaysia boleh hidup aman damai tanpa persengketaan.









Majlis Perkahwinan Adif Azral dan Nurfadilah