Monday, October 13, 2008

Kesedaran Sivik

Hari ini saya nak berpesan terhadap diri sendiri dan kepada semua orang tentang Kesedaran Sivik.


Kesedaran sivik perlu ada pada setiap individu bahkan masyarakat tak kira bangsa dan agama, dimana mana jua kita berada. Terpanggilnya saya untuk menulis blog ini adalah kerana kesedaran sivik rakyat malaysia kurang menebal dan tidak mengambil kisah tentang kepentingannya.

Peri laku tidak ada kesedaran sivik ini akan membawa kesan kepada individu seterusnya menular kepada masyarakat dan akhir sekali negara juga akan terjebak. Hal ini boleh mendatangkan keburukan kepada sesebuah negara itu sendiri.

Contoh yang paling ketara bagi masalah tiada kesedaran sivik ini dalam masyarakat kita ialah membuang sampah merata-rata tempat menyebabkan pencemaran, memandu mengikut suka hati tanpa mematuhi undang-undang jalan raya, parking kenderaan mengikut suka hati juga mengakibatkan jalan untuk digunakan oleh pengguna lain menjadi sesak, dan penggunaan tandas awam.

Saya ingin memetik isu menbuang sampah merata-rata seperti yang dinyatakan diatas kerana ia yang paling ketara dimana pernah berlaku pada penduduk yang menetap di rumah pangsa atau lebih dikenali sebagai rumah flat. Bagi yang pemalas yang hendak turun membuang sampah mereka akan melepas keluar dari tingkap atas rumah dan tanpa memikir kesan dan akibatnya. Memang tiada otak sungguh orang yang melakukan tingkah laku macm tu. Apa yang mereka dapat dengan berbuat sedemikian rupa?? Meraka akan dapat jumlah maki yang berkandar seperti nasik kandar mamak. Ada juga yang membuang di dalam lift dan ti tepi tangga seperti ada kuli bapak diorang yang tolong amek dan kutip untuk mereka. Memang tiada kesedaran sivik sungguh.

Jadi kesimpulannya di sini kita harus la memupuk kesedaran sivik dalam diri individu dan sentiasalah berpesan-pesan supaya rakyat malaysia boleh hidup aman damai tanpa persengketaan.









4 comments:

adifDAS said...

blah la amet
kesedaran sivik konon
ang pun buang sampah merata2
ludah merata2
berak n kecing merata2
mana kesedaran sivik ang
huhuhuh

emmetRaxor said...

ceh..
bila aku buang sampah merata-rata??
ang neh aku tulis supaya suma orang boleh bukak minda tu..
neh sebagai peringatan kepada diri aku dan ornag lain..
tak aku tak la tulis berpesan-pesan..
kita mula kan kehidupan baru beb..

apexhuhu said...

dariapda hang cakap psl kesedaran sivik..baik hang cita pasal enjin honda civic v-tec type R yang menjadi kegilaan ramai tu..haaa....

sarah_yaya said...

hehehe....pjg nyer celoteh ang weh..d cni aku ingin memaklumkan yg aku minat dgn pakej2 yg d sediakan...insyaalah bln 6 nie aku akan b`tunang...tpi dlm blog ni xder plak pakej utk tunang...ker aku yg x pasan ek?hihihi..klu bleh aku nk amek ler ang jd fotogrper aku time tu...bper ek cas nyer??