Saturday, December 25, 2010

Sekian Lama..

Fuh~
Fuh~
sekian lama tak buka blog..
berabuk gila..
banyak yang berlaku sepanjang tahun 2010 neh..
segala suka, duka, pahit, manis, masam, masin dan banyak lagi rasa yang telah saya hadapi..
sememangnya masa tidak mengizinkan untuk menulis blog..
sungguh sibuk sehingga kan mengabaikan blog neh begitu lama..
banyak perkara yang saya ingin lakukan dan tak berkesempatan tahun ini..
mungkin tahun 2011 insyaallah saya akan cuba untuk mencapai apa yang diingini yang tak sempat nak lakukan tahun 2010 neh..
2010 juga hampir melabuhkan tirainya..
dan kita akan bersemuka pula dengan tahun 2011..
saya akan bingkaskan sedikit sebanyak yang berlaku pada 2010 neh..



(gambar diatas) ketika baru bermula semester 2 tahun 2 kami lepak ditepi pantai Kuala Perlis dan pada masa tu boring tak taw nak buat apa2..
(gambar tengah dan gambar bawah) ketika berada di Regency Hotel dan sempat menangkap gambar permandangan Bandaraya Alor Star..



bermula semester baru tahun 2010 dengan kampus UniMAP baru yang terletak di Ulu Pauh, Arau..






kenangan berjalan bersama kawan-kawan bagi program 7 pillars yang amat memenatkan tetapi sungguh seronok..






(gambar diatas) T.T. bersama gyp buat kali pertama..
(gambar ditengah)Perjalanan yang sungguh seksa untuk pulang kekampong mengalami beberapa masalah dan berjaya harungi dengan jayanya..
menghadiri majlis perkahwinan kawan iaitu Hezry Azlee Ayob yang sungguh happening..
selamat pengantin baru diucapkan semoga berkekalan hendaknya..





(gambar atas dan tengah) ketika menyertai pertandingan bowling dalam school Manufacturing UniMAP..sungguh seronok sebab dapat bermain bowling free dan bermain 3 frame sampai lenguh tangan..
(gambar bawah) membantu kawan dengan shoot photo spa yang dikendalikannya bertujuan untuk promosi spa yang baru dibuka..




telah melaksanakan tugas sebagai seorang photographer pada majlis perkahwinan Sham dan Ina dan tahniah diucapkan kepada meraka berdua..





ketika ini saya dan rakan berkunjung ke tapak pesta belon udara panas yang berlangsung di Tempat Rekreasi Suka Menanti..tetapi agak hampa ketika ini kerana belon yang hendak dilihat berlangsung lewat dan kami pun malas menunggu lama terus sahaja beredar dari tempat kejadian..T__T


Majlis Perkahwinan Talib dan Seri yang berlangsung di Arau Perlis..saya telah dijemput sebagai Photographer oleh sebuah syarikat advertising dan bridal Kangar Perlis yang bernama Red Frame..job ini telah merugikan saya kerana syarikat ini tidak membayar duit upah setelah saya penat menangkap gambar..nak buat macam mana malang tidak lah berbau..tapi tahniah kepada pihak pengantin dan terima kasih atas kerjasama anda..



gambar diatas ketika saya mendapat undangan untuk menjadi photographer untuk Majlis Perkahwinan Zamri dan Ruhana yang bertempat di Jitra Kedah. Pasangan ini memang best dan sporting..terima kasih atas kerjasama pihak pengantin dan semoga berbahagia hendaknya saya ucapkan..




gambar diatas ketika sesi fotografi Majlis Perkahwinan Wan dan Intan yang berlangsung di Alor Star Kedah..Pasangan pengantin ini memang best tahap tak hengat dia punya sporting..sungguh seronok dapat merakamkan gambar mereka..tahniah dan semoga berkekalan ke anak cucu saya ucapkan..dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengantin..^__^




gambar ini diambil ketika Raya Aidilfitri tapi memang agak boring raya neh sebab tak banyak berkunjung kerumah kawan-kawan kerana banyak yang tidak dapat cuti..masing-masing sibuk dengan kerja..



gambar diatas ketika photoshoot JFF di Airport Kepala Batas Alor Star Kedah..
mereka ini anak muda yang berjiwa kental menubuhkan satu komuniti fixed gear bike yang mampu mengisi masa lapang yang sihat dengan mengayuh basikal disamping dapat bertukar-tukar pandangan dengan team fixed bike yang lain..tahniah kepada meraka..







gambar diatas diambil ketika outing bersama rakan di Chuping,Padang Besar, dan Tasek Timah Tasoh Perlis..cuaca pada hari itu sungguh indah dan saya sempat merakamkan keindahan tempat-tempat di Negeri Perlis ini..sungguh menakjubkan keindahan ciptaan tuhan..masyaallah..



gambar diatas ketika saya melaksanakan tugas sebagai photographer di Majlis Pertunangan Mieza dimana Mieza ini seorang yang sungguh sporting sehinggakan saya tidak susah beri arahan untuk posing..memang seronok dapat bekerjasama dengannya..Terima kasih dan selamat bertunang semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin saya ucapkan..^___^




Gambar diatas ketika sesi fotografi Firdaus dan Falia yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Kubang Pasu Jitra Kedah..pasangan ini sungguh sporting juga..sungguh senang berkerjasama dengan mereka..Terima kasih dan tahniah saya ucapkan..






gambar diatas diambil berlainan tempat dimana atas sekali Sydney,tengah tu Brisbane dan akhir tu Gold Coast..gambar ini diambil ketika saya berkunjung ke Australia..sungguh cantik tempat orang tapi lagi best tempat sendiri..^___^



Dan terakhir sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua semoga tahun hadapan dapat menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari tahun 2010 neh..peace..Assalamualaikum..^___^

Friday, April 30, 2010

sem sudah abeh lagi..










Assalamualaikum semua..

dah lama saya tak update blog neh..
oleh kerana terlalu busy hingga tak sempat nak update blog..
tahun dua, sem dua di uniMAP sudah melabuhkan tirai nya..
banyak pengalaman yang manis,masam,pahit dan banyak lagi telah dilalui..
bersedia untuk menempuh hidup baru semasa cuti 2 bulan neh..
kerja..kerja..kerja..
banyak gambar yang di edit dan tak sempat nak masukkan dalam blog ini..
jadi saya akan masukkan gambar-gambar itu sekarang..
layan je lah..





Saturday, March 6, 2010

Mari berpesan-pesan dan beringat untuk diri masing2..

Dalam banyak hadits, Nabi Muhammad SAW,telah memberikan peringatan keras kepada orang yang suka meninggalkan shalat, diantaranya Beliau bersabda: "Perjanjian yang memisahkan kita dengan mereka adalah shalat. Barangsiapa yang meninggalkan shalat, maka berarti dia telah kafir."(Hadits riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi.)

Orang yang meninggalkan shalat maka pada hari kiamat akan disandingkan bersama dengan orang-orang laknat, berdasarkan hadits berikut ini: "Barangsiapa yang menjaga shalat maka ia menjadi cahaya, bukti dan keselamatan baginya pada hari kiamat dan barangsiapa yang tidak menjaganya maka ia tidak mendapatkan cahaya, bukti dan keselamatan dan pada hari kiamat ia akan bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubay bin Khalaf."(Hadits shahih riwayat Imam Ahmad, At-Thabrani dan Ibnu Hibban.)

Hukum shalat dapat dikategorisasikan sebagai berikut :

* Fardhu, Shalat fardhu ialah shalat yang diwajibkan untuk mengerjakannya. Shalat Fardhu terbagi lagi menjadi dua, yaitu :
o Fardhu ‘Ain : ialah kewajiban yang diwajibkan kepada mukallaf langsung berkaitan dengan dirinya dan tidak boleh ditinggalkan ataupun dilaksanakan oleh orang lain, seperti shalat lima waktu, dan shalat jumat(Fardhu 'Ain untuk pria).
o Fardhu Kifayah : ialah kewajiban yang diwajibkan kepada mukallaf tidak langsung berkaitan dengan dirinya. Kewajiban itu menjadi sunnah setelah ada sebagian orang yang mengerjakannya. Akan tetapi bila tidak ada orang yang mengerjakannya maka kita wajib mengerjakannya dan menjadi berdosa bila tidak dikerjakan. Seperti shalat jenazah.
* Nafilah (shalat sunnat),Shalat Nafilah adalah shalat-shalat yang dianjurkan atau disunnahkan akan tetapi tidak diwajibkan. Shalat nafilah terbagi lagi menjadi dua, yaitu
o Nafil Muakkad adalah shalat sunnat yang dianjurkan dengan penekanan yang kuat (hampir mendekati wajib), seperti shalat dua hari raya, shalat sunnat witir dan shalat sunnat thawaf.
o Nafil Ghairu Muakkad adalah shalat sunnat yang dianjurkan tanpa penekanan yang kuat, seperti shalat sunnat Rawatib dan shalat sunnat yang sifatnya insidentil (tergantung waktu dan keadaan, seperti shalat kusuf/khusuf hanya dikerjakan ketika terjadi gerhana).

dipetik dari rakan fb untuk kita semua..

sekian eR

Wednesday, February 10, 2010

Ketika Sedang Bosan







|dikala aku kebosanan|

kala aku bosan ja..
aku cari editing baru..
kala aku bosan ja..
aku edit gambar lama2..
kala aku bosan ja..
aku petik gitar sambil menyanyi lagu metal..
kala aku bosan ja..
aku kuaq lepak ngan kengkawan..
kala aku bosan ja..
aku menjerit atas highway sambil bawak moto laju2..
kala aku bosan ja..
aku tengok muvee dimana aku amek kat member2 yang suka download..
skung neh aku dah bosan gila..
tada duet nak beli lens baru..
geram gila..

gambar2 diatas adalah hasil cobaan ketika aku bosan..
walaupon tak cantik tapi aku harus belajar lagi sehingga dapat apa yang aku inginkan..
layan yerk..

jangan la anda bosan..
biar aku bosan sorang2..
hahaha..

er

Friday, February 5, 2010

Di Sini Tempatku Belajar












|Kampus baru|

yeah..
akhirnya aku berjaya mengupload review baru..
review kali neh tentang kampus baru siap kat Negeri Perlis..
agak2 berapakah kos perlaksanaan kampus neh??
haaaa...
aku pon tataw..
kampus neh dipanggil kampus alam..
terdapat dua wing yang siap dan boleh digunakan berada di sini..
satu wing untuk department manufacturing dan satu lagi wing untuk department mechatronic..
kampus neh mula beroperasi awal tahun neh..
akhirnya dapat gak dok selesa belajar..
walaupon tak seberapa..
daripada belajar sambil belari..
hahaha..
kampus UniMAP..
okey sekian..


er

Tuesday, January 19, 2010

Gig Mocca 2008










|Gig Mocca 2008|

Gambar yang diambil semasa Mocca datang Malaysia 17.8.2008 lepas..
stesyen keretapi itu lah tempat antara tempat persinggahan kami sebelum hari berlangungnya gig tersebut dan sempat mengambil gambar untuk belajar teknik hdr..
tapi gambarnya tak berapa nak jadi sebab pakai hentam buat ja..
hahaha..
oleh kerana terlalu sibuk ngan sesi pembelajaran gambar terbaru tak banyak ditangkap..
jadi gambar lama di masukkan untuk ditatap pengunjung..
insyaallah ada rezeki dapat lens baru ada la gambar baru..



sekian


er