Sunday, March 29, 2009

Perangai dan Sikap Manusia yang Popular




Topik kali ini saya ingin mengupas tentang Perangai Manusia dalam dunia ini. Cuba kita renungkan bersama, apakah kita tergolong dalam golongan yang berperangai seperti ini?

-Tidak amanah pada tugas yang diberikan
-Tidak jujur dalam perbuatan
-Tidak menolong orang dalam kesusahan
-Tidak mempunyai pendirian yang tetap
-Tidak mahu berdikari
-Sambil lewa /acuh tak acuh /endah tak endah
-Pijak orang untuk berjaya naik ke atas
-Menjadi gunting dalam lipatan /musuh dalam selimut /tikam dari belakang
-Menjadi lalang /talam dua muka
-Mengambil kesempatan tehadap orang yang lemah
-Mencabuli hak asasi
-Terlalu mengambil kira benda-benda yang remeh sampai melibatkan pergaduhan
-Menipu orang untuk kesenangan diri sendiri
-Menabur janji-janji manis
-Susah senang bersama-sama mengharungi kehidupan
-Hidup senang kerana harta family tetapi cuma berusaha sedikit tak perlu
penat lelah
-Nampak kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri tidak sedar
-Membuat keputusan terburu-buru tanpa meminta nasihat orang yang berkenaan
-Teguran orang tak ambil peduli dan tak amalkan supaya berubah dari buruk
kepada yang elok
-Kerjasama tidak dilakukan dalam pasukan (apa yang penting??>>kerjasama..)
-Suka berfoya-foya menghabiskan masa, tenaga, dan wang dengan benda yang tak
berfaedah
-Tidak suka melihat orang berlebih pada diri sendiri (PHD)
-Tidak tahu menjaga harta ornag awam
-Cepat terpengaruh dengan rakan sekeliling (culture shock)
-Bangga dengan kejahatan yang dilakukan
-Suka mengongkong orang lain
-Suka mengarah orang melakukan sesuatu padahal dia dapat melakukan sendiri
-Jaga tepi kain orang lain
-Bertanggungjawab diatas perkara yang dilakukannya
-Tidak mengenang jasa dan budi orang lain malah dituduh pulak orang mengenang
jasa dia
-Tidak tepati janji
-Tidak menjaga kebersihan sekeliling
-Hipokrit
-Tiada kesedaran sivik
-Suka menfitnah orang
-Suka menceritakan keaiban orang lain
-Mengganggu ketenteraman awam
-Menghalalkan sesuatu benda yang haram
-Suka Membazirkan harta sendiri dan orang lain
-Tamak haloba
-Terlalu murah hati
-Tidak boleh bersabar atas apa jua keadaan
-Tidak mahu berusaha sendiri malah mengharapkan pertolongan orang lain
-Orang larang macam orang suruh



Banyak lagi perangai dan sikap manusia yang tak disenaraikan tetapi ini yang paling popular dikalangan masyarakat kita jadi kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini sila lah berubah supaya hidup ini menjadi lebih aman sejahtera.
Hidup cuma sementara akhirat kekal abadi..Renungkanlah dan mari beramal..


sekian
eR

Tuesday, March 24, 2009

Gambar-gambar Lama..

Gambar neh diambil pada cuti Raya Cina Tahun neh..
time neh Musim Menuai Padi dan juga Kemarau..
Pada mulanya nak photoshoot nak dijalankan di Kebun Getah yang ketika itu daun Getah amatlah Chantek Skali seperti di Musim Luruh..
Tetapi xdapat sebab Jalan yang hendak menghala ketempat tuh sungguh rare dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan 4wd dan Motor Scram..
Jadi buat keputusan segera phoshoot dijalankan di bendang saja..

Gambar neh diambil berdekatan umah sewa aku kat Jelutong..
Time neh aku sedang menguji setting kamera yang baru keluar dari Pit Stop Nikon sebab masalah technical..

Kerugian aku dianggar RM 900 gak la ari neh..

Dah la gaji first aku sedih gak la..

Gambar neh plak diambil di depan Istana Anak Bukit, Kedah dan pada time neh baru lepas hujan jadi agak macam pening gak la nak setting sebab masih rasa titik-titik hujan jadi kelam kabut melarikan diri..
Sambil lari tu sempat lagi snap gambar secara membuta tuli atau lebih dikenali sebagai snap spon seperti adamluba namakan..
Jadi lah hasil dia neh..


Gambar neh diambil ketika keluar dari Perangin Mall, Penang..

Secara tak sedar kluar berjalan dah malam..

jadi nampak macam syiok ja tengok Staging yang dinaikkan dengan Kren lagi kot ataih macam cerita Bob the Builder la plak...



Gambar neh diambil semasa aku bejalan-jalan ditengah pekan Georgtown time datang melancong tapi sekarang Komtar tengah upgrade nak wat tempat yang something new..
sapa datang penang taw la..


Gambar neh diambil disebuah Perhentian Plus menghala ke sebelah selatan tapi tak ingat nama empat dia..
Kalou sapa taw boleh la bagi taw nama tempat neh..






Sekian

ER













Tuesday, March 17, 2009

Demam MElanda Rumah



Beberapa hari lalu. rumah sewa kami diserang virus demam,batuk,selsema semua la pekej penyakit yang boleh mendatangkan kemalasan pada diri. Virus ini telah merebak berpunca dari perkongsian minuman yang tidak diperasan. Tapi punca sebenar masih belum ditemui,kemungkinan keadaan cuaca yang panas sejuk berubah-berubah.


Sampai skarang masih belom pulih. Semalam tak leh nak tedo sebab batuk yang teruk sampai nak tekeluar tekak. Mujur ada penyelamat si Ubat Batuk, yang dimakan seabnyak dua sudu baru boleh melelapkan mata. Kesan pada ubat batuk tu membuatkan aku selesa dan nyeyak tedo.

Aku mula-mula batuk dan pergi mengambil ubat di klinik sebagai langkah berjaga-jaga. Kemudian diikuti si adamLuba yang demam pada mulanya dan terus dapat pakej. Diikuti apekHuHu yang batuk dan terus berubah suara jadi garau macam suara Aww.

Kesian suma sakit dalam umah tu. Virus neh berjangkit. Sesiapa yang demam jangan lah mendekati orang lain kerana virus yang dibawa akan berjangkit.

Suma aktiviti photography diberhentikan buat sementara waktu kerana xlarat nak shoot picha.
tunggu lah selapas suma sihat pasti ada gambar terbaru.

tapi aku akan masukkkan gambar lama untuk entry seterusnya..

Sekian bebelan aku.
eR

Thursday, March 12, 2009

Aku DAh Terneneniow..

Hari neh aku bangun seperti biasa tapi agak lewat sebab nak tunggu giliran masuk bilik air..
setelah suma siap aku pon bukak tv dan tengok rancangan M.H.I.
dalam M.H.I mereka membincangkan penyakit yang dinamakan T.B..
iaitu batuk kering..
aku tengok tanda2 orang batuk kering ialah batuk yang belarutan, batuk mengeluarkan kahak yang berdarah..
tetiba ja aku teringat filem pendek yang dilakonkan oleh adamLuba..
macam tu la..


Batuk neh dulu memang takda ubat yang berkesan untuk nya selain memilih jalan untuk mati..
Tpi skung dah ada ubat yang boleh memulihkan sepenuhnya..
Jdi sesiapa yang batuk belarutan boleh la pergi mendapat nasihat doktor yang berdekatan..
tapi batuk neh boleh berjankit melalui percakapan,bersin,batuk..
jaga2..
orang yang tekena penyakit ini tolonglah jangan mendekati org lain supaya orang lain tidak terlibat sama..


Aku pon terus makan ubat batuk supaya aku tak kena penyakit ini..
jadi skung aku dah terneneniow..
melayang2..
mcm angkasawan..
tapi memang aku batuk..
neh pon satu langkah mencegah..

Jumpa Lagi..

Monday, March 9, 2009

agak lama menyepi..

erm, lama gila aku tak update..
nanti aku update lah..
tak dan la..
sibuk sket..
banyak neh gambar yang baru nak di letak..
nanti kan kemunculan terbaru blog neh...
terima kasih..