Friday, May 29, 2009

Flora









Erm..
Penat gila time nak amek gambar neh..
Masa neh aku dipanggil interview untuk photography oleh SPA..

Tajuk yang diberikan ialah flora dan fauna, kenderaan awam, tolong menolong, teruja melihat benda yang chantek semua tajuk neh pelulah diambil secara kreatif..

Tapi gambar flora ja yang dapat diambil oleh kamera DSLR aku kerana masa tak cukop..
Masa diberi 3 jam untuk meyiapkan task yang diberi dan gambar perlulah diambil menggunakan kamera SLR yang menggunakan filem bersaiz 32mm, iso 200, 24 exp..
Aku sarankan gunakan jenama KODAK

Agak susah jugak la mencari tempat2 yang sesuai untuk di shoot dengan masa yang singkat..

Keputusannya amat menyedihkan, aku tidak berjaya mendapat pekerjaan photographer bagi jawatan yang dikemukakan oleh SPA itu..

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian neh..

Aku harap sesiapa yang apply jawatan ini dapat mengambil sedikit pengetahuann dan praktikkan tentang tajuk yang aku senaraikan diatas mungkin akan keluar lagi dimasa akan datang sekurang2nya boleh bersedia awal untuk itu..

Dan lagi satu kenali kamera SLR dulu baru lah bertukar kepada DSLR baru banyak teknik2 kamera yang anda akan pelajari..

sekian


e.R




Thursday, May 28, 2009

Kuala Perlis






Semua gambar ini diambil ketika pergi bersiar2 di Kuala Perlis kerana dah tak taw nak pegi mana lagi dah setelah abes tengok wayang cerita Queen LangkaSUKA..

Pada ketika ini matahari ingin melabuhkan tirai malam yang membuatkan sesiapa saja yang mempunyai camera ingin menangkap gambar sebagai kenangan untuk hari muka..

Saya berkunjung ke Kuala Perlis neh dengan adamLUBA dan Yana si director filem pendek Maya..

Nanti saya akan buat review tentang filem pendek Maya di entry selepas ini..

Bebalik pada cerita Kuala Perlis neh, kemudian saya telah call seorang member yang berada di Perlis seorang photographer gak la..

Agak bernasib baik la dia pon ondaway nak ke Kuala Perlis bersama sifu dia yang agak otai atau lebih dikenali sebagai orang lama dalam bidang photography neh..

Jadi kitorang pon jumpa dan terus berkenalan lalu snap beberapa picture kat sini..

neh la hasil dia..

tapi agak xsyiok gambar yang saya masukkan neh telah diedit sebagai experiment untuk dinilai oleh sesiapa yang terbaca blog neh..

hehehehehe..

so enjoi it..



e.R

Monday, May 18, 2009

Hijau yang Menyegarkan











Erm...

Agak Boring gak ketika ini..

Tapi telah dapat satu idea untuk menangkap gambar berlatar belakang rumput-rumput yang hijau...

lokasi ini tempat yang selalu saya dan kengkawan kunjungi...

tu yang agak borink..

tapi makan kopok lekor sambil usha awek lalu lalang besh gak..

datanglah untuk menikmati permandangan chantek disini..

hehehehe..

Tasik Bandar Darulaman Jitra Kedah..

Saturday, May 16, 2009

Keluar Berjalan Ditengah-tengah Bandaraya Alor Setar


Huhs...
penat gila time neh berjalan sambil menangkap gambar..
tapi best sebab keluar bersama artomembers..
sesiapa nak join boleh la masuk http://artogroup.blogspot.com/ pas neh ada lagi aktiviti2 yang akan dilakukan selepas neh..
insyaallah..