Friday, October 17, 2008

Malang Tak Berbau, Damn..

Hidup ini umpama roda, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah. Sesiapa pon pernah ditimpa nasib malang, ada yang terus dihimpit nasib malang dan ada juga hanya sesekali ditimpa nasib malang.

17 Oktober 2008 aku tlah ditimpa nasib malang yang amat memeningkan kepala. Camera dslr yang ku sayang telah rosak tanpa sebab dan masalah nya pula tidak boleh switch on. Owh tidak, aku tak dapat menerima kenyataan ini. Mengapa perkara ini berlaku terhadap ku?? Aku sungguh sangsi dengan masalah ini. Aku pon tak faham..Kepala ku mula melayang-layang fikirkan nasib ku ini. Duet lagi..Haihhh..Bukan setakat kamera ja rosak tapi masalah lain telah timbul juga..

Komputer member baik ku pulak rosak sewaktu aku sedang menggunakannya..Ahhh..Tidaakkkk..Mati la aku nak kena menjawab pada member aku..Komputer member ku neh pulak baru saja dibaikinya, tu yang merunsingkan lagi kepala ku neh..Ia hanya bermula dengan aku on komputer tuh untuk masuk ke myspace ku, dan kemudian seorang lagi member ku telah datang menyuruh ku membuka cerita bersiri Heroes season 3..Aku pon menghormati kehendaknya lalu memainkan cerita itu..semasa member ku sedang melayan cerita itu aku terlelap seketika dan berada dialam mimpi..kemudian aku terjaga dari tidur dan melihat komputer itu dibiarkan sahaja tanpa di offkan..aku pon bingkas bangun dalam keadaan mamun bejalan keluar pada bilik dan mencapai tuala untuk pergi mandi..sesudah nya aku mandi aku melihat komputer itu memberi tahu supaya mozilla itu di update dan berlaku lah insiden itu..aku telah menekan later to update, dengan tidakk semena-mena komputer itu telah menjadi hang dan "plup!!" padam kemudian restart sendiri..Aku ingat restart tu biasa ja..Rupa-rupanya komputer itu terus tidak boleh memasuki ke window..Lagi bercelaru kepala otak aku memikirkan..Aku harap supaya tuan komputer itu memaafkan aku..Aku tahu dia mesti tension ngan aku dan lepas neh dia tidak lagi memberi aku menggunakan komputer dia..

Aku mintak maaf banyak-banyak..Kamera aku rosak,komputer member aku jugak terlibat..Pening..

malang-malang..


7 comments:

adifDAS said...

huhuu
cian ang
p la service cam tu
tanya knp
ang tanya abg najib ka
pc spa rosak??
adam ka??

emmetRaxor said...

hurm..
sapa lagi..
aku orang last yang guna di jadi mcm tuh plak..
aku nak p servis la cam aku tuh..
tak pon nak tukaq baru ka..
guna camera nikon d900 ka..
hahaha..

apexhuhu said...

ayokkk..
xtau..
rosakkk..
ayokkk....
teng teng teng..
saba2..dapat gaji nanti semue ni pasti akan selesai..warghhh

adamLUBA said...

hah? penin saja?
rosak rosak dah...
nak guna pun dah xboleh..
aku xkira..
belikan aku keta ferari..
wahahahahaha...
xkira xkira xkira

emmetRaxor said...

hahh..
fine aku ganti keta ferarri nanti..
ngan aku up sket lagi bagi ferrero rosyer..
ahhhh..
dia payah sebut la plak..
apa2 ja lah..

adifDAS said...

huhuhu
ang ganti lik
blik kn canon 40d plus with flash n bat grip
adam ckp kat aku
dia tak sampai ati nk ckp kat ang
so aku sampai kn pesanan adam ni
huuhu

emmetRaxor said...

haaa la aku ganti nanti..
bagi canon 1d kat dia complete ngan tele..
huhuhuhu..
tunggu aku kaya dulu..